Tuesday, April 30, 2013

KOLABORASI ANTARA ORANG KUAT SABAH & PER

Diadaptasi dari pertandingan The World's Strongest Man, Orang Kuat Sabah atau Sabah's Strongest Man ialah pertandingan dimana pesertanya hendaklah menyempurnakan beberapa cabaran untuk menentukan siapakah yang layak mendapat gelaran "Orang Kuat Sabah"

Pertandingan yang dianjurkan dan diperkenalkan oleh Casero Events pada awal tahun 2010 ini adalah sesuatu yang unik di Sabah. Penganjur sangat yakin yang acara ini mempunyai potensi besar untuk dijadikan tarikan kini pelancong dan juga yakin ianya boleh dijadikan acara tahunan di Sabah disamping Festival Bot Naga Sabah, Maraton Antarabangsa Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi.

Pihak Prosperity Education Recruitment (PER) telah diberi peluang dan penghormatan untuk membuka booth semasa pertandingan itu dijalankan. Bertempat di First Beach,Tanjung Aru Kota Kinabalu, acara ini telah berlangsung pada 13-14 April 2013. Pihak PER berpeluang mempromosi serta memperkenalkan Kolej Kiara dan Kolej Masa kepada orang ramai yang hadir. Terima kasih ORANG KUAT SABAH!





Kredit : Orang Kuat Sabah Official Facebook Page


Sesi Bergambar Staff Unit Pemasaran PER


Persiapan


Booth Unit Pemasaran PER bagi Kolej Kiara & Kolej Masa


Pelajar menurunkan tandatangan sebagai tanda lawatan ke booth


Orang Kuat!










PENDAFTARAN TERBUKA DI HYPERMALL 1BORNEO, KOTA KINABALU

Baru-baru ini kami telah mengadakan Pendaftaran Terbuka bagi pengambilan pelajar untuk Kolej Kiara & Kolej Masa bertempat di 1Borneo Kota Kinabalu dari jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 malam. Disamping itu, kami juga bertujuan memperkenalkan lagi kolej kami kepada orang ramai dan menyampaikan info-info tentang kolej kami. Hasil daripada pendaftaran terbuka ini, nama Kolej Kiara dan Kolej Masa semakin dikenali ramai diseluruh pelusuk Sabah. Pelajar yang datang mendaftar adalah dari kawasan sekitar Kota Kinabalu, Ranau, Kundasang, Kudat, TEnom dan Kota Marudu


Staff PER yang menguruskan pendaftaran untuk Kolej Kiara & Kolej Masa

Jika berjumpa dengan wajah-wajah ini, mereka adalah antara wakil Pengurusan Pendaftaran bagi Kolej Kiara & Kolej Masa. Dari kiri : Cik Shanty Charomie 019 535 8056, Cik Molly 019 830 3489, Cik Azirah Aziz 016 813 0602, Cik Hadzlin 013 553 2260, Cik Siti 013 856 1097 dan Cik Rusmi 013 821 8127.
Boleh juga hubungi Encik Jahry 013 555 2325

Pelajar yang berminat untuk mendaftar di Kolej Kiara bersama ibubapa

P/S: Selalulah singgah ke blog kami untuk mendapatkan info-info terkini serta lokasi pendaftaran terbuka yang kami adakan di seluruh SABAH!











SEMINAR MOTIVASI & TAKLIMAT KERJAYA (TAWAU)

Pada 24 Mac 2013 yang lalu, pihak Prosperity Education Recruitment (PER) dengan kerjasama pensyarah Kolej Kiara telah mengadakan Seminar Motivasi & Taklimat Kerjaya di Hotel Promenade, Tawau. Majlis yang dihadiri seramai 112 orang pelajar lepasan SPM dan juga beberapa orang ibubapa itu berlangsung dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang. Seminar disertai oleh pelajar lepasan SPM 2012 dari sekolah-sekolah sekitar Tawau. Antaranya ialah SMK Kuhara, SMK Abaka, SMK Merotai Besar, SMK Titingan, SMK Convent St Ursula, SM (T) Tawau, SMK Jalan Apas, SMK Tawau 2 dan SMK Balung. Di harap pelajar-pelajar lepasan SPM 2013 mendapat motivasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Harapan kami agar dapat membuka mata dan minda mereka untuk meneruskan pelajaran ke institusi pilihan mereka dimana salah satunya adalah KOLEJ KIARA & KOLEJ MASA. Syabas untuk mereka!

Bacaan Doa oleh Encik Sufian Mus, Pensyarah Kolej Kiara


Cik Molitha Yaming, wakil Prosperity Education Recruitment (EMCEE)




Sesi bergambar bersama semua peserta


Yaa!! Orang Tawau memang sporting !!

TERIMA KASIH ORANG TAWAU!





Kolej Kiara

KOLEJ KIARA SABAH

Di Kolej Kiara, kami mementingkan kualiti pendidikan.

-PERCUMA Kemudahan asrama disediakan sepanjang pengajian
-PERCUMA Pakaian seragam
-PERCUMA Kelas Bahasa Inggeris

Minimum pembayaran yuran cuma RM300.00 sahaja.

Sila hubungi Cik Azirah Aziz di talian 016-8130602 untuk sebarang pertanyaan.