Tuesday, April 30, 2013

KOLABORASI ANTARA ORANG KUAT SABAH & PER

Diadaptasi dari pertandingan The World's Strongest Man, Orang Kuat Sabah atau Sabah's Strongest Man ialah pertandingan dimana pesertanya hendaklah menyempurnakan beberapa cabaran untuk menentukan siapakah yang layak mendapat gelaran "Orang Kuat Sabah"

Pertandingan yang dianjurkan dan diperkenalkan oleh Casero Events pada awal tahun 2010 ini adalah sesuatu yang unik di Sabah. Penganjur sangat yakin yang acara ini mempunyai potensi besar untuk dijadikan tarikan kini pelancong dan juga yakin ianya boleh dijadikan acara tahunan di Sabah disamping Festival Bot Naga Sabah, Maraton Antarabangsa Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi.

Pihak Prosperity Education Recruitment (PER) telah diberi peluang dan penghormatan untuk membuka booth semasa pertandingan itu dijalankan. Bertempat di First Beach,Tanjung Aru Kota Kinabalu, acara ini telah berlangsung pada 13-14 April 2013. Pihak PER berpeluang mempromosi serta memperkenalkan Kolej Kiara dan Kolej Masa kepada orang ramai yang hadir. Terima kasih ORANG KUAT SABAH!





Kredit : Orang Kuat Sabah Official Facebook Page


Sesi Bergambar Staff Unit Pemasaran PER


Persiapan


Booth Unit Pemasaran PER bagi Kolej Kiara & Kolej Masa


Pelajar menurunkan tandatangan sebagai tanda lawatan ke booth


Orang Kuat!










No comments:

Post a Comment