JADUAL ROADSHOW JULY 2013
Thursday, May 9, 2013
JADUAL ROADSHOW SELURUH SABAH MEI 2013
Kami akan mengadakan Pendaftaran Terbuka bagi pengambilan pelajar ke Kolej Masa dan Kolej Kiara. Sila semak jadual di bawah dan hadir untuk mendaftar ke tempat yang berdekatan dengan anda. Hubungi Cik Azirah Aziz di talian 016-813 0602 untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat di bawah pada akhbar-akhbar tempatan seperti New Sabah Times dan Daily Express bertarikh 10,11,12 & 13 MEI 2013.
TEMUDUGA TERBUKA PRAMUGARA & PRAMUGARI AIRASIA MEI 2013
Anda seorang yang berpenampilan menarik? Berminat menyertai Air Asia sebagai FLight Attendant? Temuduga Terbuka di KOLEJ KIARA SABAH pada 12 Mei 2013 (Ahad). Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ms. Juliana 016-380 3973 atau klik pautan di bawah ini.
Thursday, May 2, 2013
SEMINAR MOTIVASI & TAKLIMAT KERJAYA (KUDAT)
Pada 30 April 2013 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Kudat, pihak PER telah membuat 'mini seminar' untuk lepasan SPM 2012. Seminar Motivasi dan Taklimat Kerjaya itu dihadiri oleh 12 orang pelajar yang bertuah dan terpilih sekitar Kudat. Antara pengisian seminar itu adalah mengenai peluang pekerjaan, pengenalan kepada Kolej Kiara & Kolej Masa, ceramah tentang kepentingan pendidikan dan juga peluang pendidikan yang terdapat di negara kita. Pelajar yang hadir diberi sijil penyertaan dan hadiah misteri berupa Jalur Lebar Maxis. Mereka amat berpuas hati dengan pendedahan dan cara pihak PER menyampaikan maklumat yang tepat.
Penyampaian Sijil Oleh Encik Canter
Penyampaian Sijil Oleh Encik Jahree
Sesi Bergambar Bersama Semua Peserta Seminar. Orang KUDAT best!!
Tuesday, April 30, 2013
KOLABORASI ANTARA ORANG KUAT SABAH & PER
Diadaptasi dari pertandingan The World's Strongest Man, Orang Kuat Sabah atau Sabah's Strongest Man ialah pertandingan dimana pesertanya hendaklah menyempurnakan beberapa cabaran untuk menentukan siapakah yang layak mendapat gelaran "Orang Kuat Sabah"
Pertandingan yang dianjurkan dan diperkenalkan oleh Casero Events pada awal tahun 2010 ini adalah sesuatu yang unik di Sabah. Penganjur sangat yakin yang acara ini mempunyai potensi besar untuk dijadikan tarikan kini pelancong dan juga yakin ianya boleh dijadikan acara tahunan di Sabah disamping Festival Bot Naga Sabah, Maraton Antarabangsa Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi.
Pihak Prosperity Education Recruitment (PER) telah diberi peluang dan penghormatan untuk membuka booth semasa pertandingan itu dijalankan. Bertempat di First Beach,Tanjung Aru Kota Kinabalu, acara ini telah berlangsung pada 13-14 April 2013. Pihak PER berpeluang mempromosi serta memperkenalkan Kolej Kiara dan Kolej Masa kepada orang ramai yang hadir. Terima kasih ORANG KUAT SABAH!
Kredit : Orang Kuat Sabah Official Facebook Page
Sesi Bergambar Staff Unit Pemasaran PER
Persiapan
Booth Unit Pemasaran PER bagi Kolej Kiara & Kolej Masa
Pelajar menurunkan tandatangan sebagai tanda lawatan ke booth
Orang Kuat!
PENDAFTARAN TERBUKA DI HYPERMALL 1BORNEO, KOTA KINABALU
Baru-baru ini kami telah mengadakan Pendaftaran Terbuka bagi pengambilan pelajar untuk Kolej Kiara & Kolej Masa bertempat di 1Borneo Kota Kinabalu dari jam 10.00 pagi hingga jam 8.00 malam. Disamping itu, kami juga bertujuan memperkenalkan lagi kolej kami kepada orang ramai dan menyampaikan info-info tentang kolej kami. Hasil daripada pendaftaran terbuka ini, nama Kolej Kiara dan Kolej Masa semakin dikenali ramai diseluruh pelusuk Sabah. Pelajar yang datang mendaftar adalah dari kawasan sekitar Kota Kinabalu, Ranau, Kundasang, Kudat, TEnom dan Kota Marudu
Staff PER yang menguruskan pendaftaran untuk Kolej Kiara & Kolej Masa
Jika berjumpa dengan wajah-wajah ini, mereka adalah antara wakil Pengurusan Pendaftaran bagi Kolej Kiara & Kolej Masa. Dari kiri : Cik Shanty Charomie 019 535 8056, Cik Molly 019 830 3489, Cik Azirah Aziz 016 813 0602, Cik Hadzlin 013 553 2260, Cik Siti 013 856 1097 dan Cik Rusmi 013 821 8127.
Boleh juga hubungi Encik Jahry 013 555 2325
Pelajar yang berminat untuk mendaftar di Kolej Kiara bersama ibubapa
P/S: Selalulah singgah ke blog kami untuk mendapatkan info-info terkini serta lokasi pendaftaran terbuka yang kami adakan di seluruh SABAH!
SEMINAR MOTIVASI & TAKLIMAT KERJAYA (TAWAU)
Pada 24 Mac 2013 yang lalu, pihak Prosperity Education Recruitment (PER) dengan kerjasama pensyarah Kolej Kiara telah mengadakan Seminar Motivasi & Taklimat Kerjaya di Hotel Promenade, Tawau. Majlis yang dihadiri seramai 112 orang pelajar lepasan SPM dan juga beberapa orang ibubapa itu berlangsung dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 2.00 petang. Seminar disertai oleh pelajar lepasan SPM 2012 dari sekolah-sekolah sekitar Tawau. Antaranya ialah SMK Kuhara, SMK Abaka, SMK Merotai Besar, SMK Titingan, SMK Convent St Ursula, SM (T) Tawau, SMK Jalan Apas, SMK Tawau 2 dan SMK Balung. Di harap pelajar-pelajar lepasan SPM 2013 mendapat motivasi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Harapan kami agar dapat membuka mata dan minda mereka untuk meneruskan pelajaran ke institusi pilihan mereka dimana salah satunya adalah KOLEJ KIARA & KOLEJ MASA. Syabas untuk mereka!
Bacaan Doa oleh Encik Sufian Mus, Pensyarah Kolej Kiara
Cik Molitha Yaming, wakil Prosperity Education Recruitment (EMCEE)
Sesi bergambar bersama semua peserta
Yaa!! Orang Tawau memang sporting !!
TERIMA KASIH ORANG TAWAU!
Kolej Kiara
KOLEJ KIARA SABAH
Di Kolej Kiara, kami mementingkan kualiti pendidikan.
-PERCUMA Kemudahan asrama disediakan sepanjang pengajian
-PERCUMA Pakaian seragam
-PERCUMA Kelas Bahasa Inggeris
Minimum pembayaran yuran cuma RM300.00 sahaja.
Sila hubungi Cik Azirah Aziz di talian 016-8130602 untuk sebarang pertanyaan.
Sila hubungi Cik Azirah Aziz di talian 016-8130602 untuk sebarang pertanyaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)