Pada 30 April 2013 (Selasa) bertempat di Perpustakaan Kudat, pihak PER telah membuat 'mini seminar' untuk lepasan SPM 2012. Seminar Motivasi dan Taklimat Kerjaya itu dihadiri oleh 12 orang pelajar yang bertuah dan terpilih sekitar Kudat. Antara pengisian seminar itu adalah mengenai peluang pekerjaan, pengenalan kepada Kolej Kiara & Kolej Masa, ceramah tentang kepentingan pendidikan dan juga peluang pendidikan yang terdapat di negara kita. Pelajar yang hadir diberi sijil penyertaan dan hadiah misteri berupa Jalur Lebar Maxis. Mereka amat berpuas hati dengan pendedahan dan cara pihak PER menyampaikan maklumat yang tepat.
Penyampaian Sijil Oleh Encik Canter
Penyampaian Sijil Oleh Encik Jahree
Sesi Bergambar Bersama Semua Peserta Seminar. Orang KUDAT best!!
No comments:
Post a Comment